SELAMAT DATANG

BANDAR DIRAJA DARUL RIDZUAN

Sabtu, 17 Disember 2011

3,000 Umat Islam Sertai HIMPUN Di Perak




Selepas Stadium Shah Alam, Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (HIMPUN) hari ini menjelajah pula ke negeri Perak yang menyaksikan lebih 3,000 umat Islam menghadiri majlis itu yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Daerah Kuala Kangsar.

Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata majlis itu merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan kerana sambutan yang diterima daripada umat Islam tempatan begitu menggalakkan.

“Sekitar 3,000 umat Islam dari pelbagai lapisan umur hadir dan mengikuti majlis kita hari ini dan ia membuktikan HIMPUN semakin mendapat sambutan ramai dan selepas ini, siri jelajah ke seluruh negara akan diteruskan lagi.

“Melalui siri jelajah HIMPUN ini, kita ingin menyampaikan mesej kepada umat Islam terhadap usaha-usaha yang dijalankan untuk memurtadkan akidah umat Islam.

“Pendedahan fakta terdapat 40 permohonan murtad yang direkodkan di Perak misalnya membuktikan bahawa gejala dan perkembangan ini adalah benar, sekaligus menunjukkan kepada umat Islam bahawa mesej yang dibawa melalui HIMPUN ini bukanlah untuk mencipta isu atau menakut-nakutkan orang ramai tetapi ia benar-benar berlaku,” katanya kepada pemberita di Kuala Kangsar, hari ini.

Bukan sahaja di Perak, permohonan keluar dari agama Islam juga katanya, dilaporkan berlaku di Johor manakala 51 orang Islam di Selangor telah menjalani upacara baptis tetapi mereka akhirnya tampil untuk mendapatkan kaunseling daripada pihak berwajib.

Tambah Mohd Azmi, melalui siri jelajah, segala maklumat di setiap negeri akan dikumpulkan dan tindakan susulan akan diambil petugas dan penggerak HIMPUN di peringkat negeri.

Petugas HIMPUN negeri katanya, akan memantau dan mendapatkan maklumat dan kes terkini berkaitan gejala murtad, seterusnya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, HIMPUN juga katanya, turut menyanjung tinggi Majlis Raja-Raja Melayu yang menyatakan secara jelas kedudukan Islam di negara ini serta mengambil berat terhadap isu memurtadkan umat Islam.

Tegas Mohd Azmi, ia telah memberi semangat dan sokongan jitu kepada penggerak HIMPUN untuk terus menyampaikan mesej penting ini di seluruh negara.

“Selepas Perak, HIMPUN akan menjelajah pula ke Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Januari depan dan majlis dijangka berlangsng di stadium tertutup,” katanya lagi.

Terdahulu, Mohd Azmi yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Malaysia (TERAS) dalam ucapannya, berkata apabila membicarakan soal akidah, tiada istilah tawar-menawar dalam perkara itu bagi umat Islam.

Menggunakan istilah harga mati, beliau berkata, umat Islam perlu melupakan perbezaan fahaman politik dan kedudukan mereka sebaliknya bersatu sebagai suara majoriti untuk mempertahankan akidah dan agama Islam tanpa sebarang kompromi.

Pada majlis itu juga, sepuluh deklrasi HIMPUN turut dibacakan oleh Mohd Azmi iaitu:

1: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

4: Menuntut supaya KERAJAAN mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

5: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

6: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

7: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian Islam.

8: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya IBUBAPA mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

9: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

10: Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Sumber : peraktoday.com

Isnin, 10 Oktober 2011

Sajak : PERSISIR SUNGAI PERAK



Dalam rumusan

dalam bingkisan

dalam kenyataan

awal suara kedengaran kecelaruan

begitu mimpi kerap bermain di titian bayangan

Sungai Perak

cukup menjentik keharuan

melihat jambatan penyambung warisan

bot yang kian usang ketinggalan

sekali sekala jenuh hilang dari pandangan

pemanduan telah jemu kesebuan

PERSISIR SUNGAI PERAK

menjadi perdebatan

rumah yang terbina keindahan

landskap kecantikan

mencetus idea dan perbalahan

yang sudahnya menemukan keredupan Bandar Di Raja Kuala Kangsar

penuh hiasan.

AL HISYAM,
KUALA KANGSAR.


Blog beliau : http://www.al-hisyam.blogspot.com/

Kali ini penulis paparkan sebuah sajak karya penulis kelahiran Kuala Kangsar Perak hasil dari pemerhatian dan rasa seorang yang lahir di Bandar Diraja Kuala Kangsar mengenai pembangunan dan perubahan yang berlaku. Ini adalah nukilan terbaru beliau setelah lama menyepi di arena cetak. Namun begitu, beliau masih berkarya dan masukkan di dalam blog peribadinya.

Jumaat, 7 Oktober 2011

Banjir lumpur di Simpang Lawin

Penduduk yang tinggal di Simpang Lawin, Jalan Taiping, di sini, berdepan masalah apabila kawasan penempatan mereka dinaiki air dan dilanda banjir lumpur, sejak kebelakangan ini.

Bukan sahaja penduduk, para petani yang berkebun turut terkena musibah apabila tanaman mereka musnah ditenggelami air banjir.

Penduduk mendakwa, masalah berkenaan timbul berikutan wujudnya projek perumahan di bahagian atas bukit berhampiran penempatan itu dan sebahagiannya masih dalam pembinaan tetapi tidak mempunyai sistem saliran secara sistematik.

Penduduk, M.Ravindran, 38, berkata, dia sudah tinggal di kawasan itu sejak sepuluh tahun lalu tetapi tidak pernah berdepan masalah sedemikian sehinggalah kejadian pertama pada Mac lalu.

Menurutnya, beberapa hari lalu, rumah dan kawasan pertanian milik penduduk sekali lagi dilanda banjir dan keadaan itu semakin teruk.

“Di bahagian atas penempatan ini terdapat satu projek perumahan dan di situ ada satu kawasan tadahan air tetapi pemaju tidak membina sistem saliran yang baik.

“Bila hujan, air akan turun ke bawah dan mengalir ke kawasan rumah dan kebun penduduk, tahun ini sudah dua kali banjir lumpur berlaku.

“Sepatutnya aliran air berkenaan dihalakan ke sungai tetapi ia dibiarkan begitu sahaja dan kami menerima kesannya,”katanya kepada sinar Harian, di sini, kelmarin.

Katanya, berikutan masalah itu, dia bersama beberapa lagi penduduk bertindak membuat laporan polis bagi menggesa pihak berwajib mengambil tindakan dan meminta bayaran ganti rugi.

“Kami sudah membuat laporan polis secara berasingan dan sebelum ini, masalah ini pernah diadukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sehingga kini tiada perubahan berlaku.

“Pihak berkaitan juga ada membuat lawatan di kawasan ini selepas kejadian banjir Mac lalu tetapi tindakan sewajarnya masih kami tunggu,”katanya.


Sumber dari Peraktoday

Raja Perempuan Perak, Raja Muzwin Mangkat

KUALA LUMPUR: Raja Perempuan Perak Raja Muzwin Raja Ariff Shah, balu kepada Almarhum Sultan Idris Shah II, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.

Jurucakap Istana Iskandariah berkata, bonda kepada isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah itu mangkat pada jam 4.20 petang.

Jenazah Almarhumah dibawa ke Istana Riswin di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak malam tadi dan akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Jumaat hari ini.

- BERNAMA

Sumber dari Peraktoday

http://peraktoday.com/wp/?p=32340

Rabu, 28 September 2011

Persisiran Sayong Kuala Kangsar ganti Sayong River Front Kuala Kangsar


Tinjauan penulis mendapati Sayong River Front telah bertukar nama Pesisiran Sayong Kuala Kangsar setelah mendapat bantahan beberapa pihak sebelum ini termasuk saranan daripada Menteri Besar Perak dan Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk). Penggunaan Bahasa Melayu oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) amat di alu-alukan kerana bahasa kita tidak kurang indahnya dan mempunyai jatidiri tersendiri.

Selasa, 27 September 2011

Kecoh depan istana Iskandariah

Kecoh di hadapan Istana Iskandariah, apabila seorang lelaki, Raja Ahmad Nasir Abdullah Aziz, 55, mendakwa diri dan ahli keluarganya sebagai pewaris kesultanan Perak, ingin memasuki istana, di sini, awal pagi semalam.

Dia yang datang bersama ahli keluarga , tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan tujuan memasuki istana sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Raja Syedi Omar Raja Ahmad Nasir, 23.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila sepasukan polis cuba menghalang mereka daripada memasuki istana.

Raja Ahmad Nasir berkata, niat mereka sekeluarga bukan untuk menceroboh, tetapi ingin membawa anak sulungnya melawat istana sempena sambutan ulang tahun kelahiran pada tanggal 25 September.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk memasuki istana tetapi ditolak.

“Kami datang untuk melawat istana sahaja kerana anak sulung saya yang merupakan waris kesultanan Perak belum pernah memasuki istana.

“Hari ini ulang tahun kelahirannya jadi saya ingin menunaikan hasrat itu sahaja tetapi kami dihalang,” katanya kepada media selepas dihalang memasuki istana, semalam.

Kata Raja Ahmad Nasir, mereka adalah adalah keturunan Raja Kulop Ahmad dan pada suatu ketika dahulu anak kepada moyangnya sepatutnya menjadi sultan.

Jelasnya, tetapi ketika itu, keturunan baginda disumpah selama tujuh keturunan dan sekarang sudah masuk generasi kelapan.

“Anak sulung saya ini adalah generasi ke lapan dan pewaris kesultanan yang sepatutnya sekarang,” katanya.

Dia yang datang dari Seri rapat, Taman Maju Rapat, Ipoh itu, turut menafikan pernah menyebarkan maklumat mengatakan akan hadir bersama 5,000 pengikut untuk menceroboh istana menggunakan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Saya tidak menghantar SMS itu dan mungkin kerja pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan memburukkan keadaan.

“Kita minta polis menyiasat siapa yang menghantar SMS itu kerana saya datang hanya bersama keluarga,” katanya.

Sehari sebelum itu, Raja Ahmad Nasir membuat laporan polis di Sungai Senam, Ipoh, menggesa pihak berkuasa mengkaji ulasan Menteri Besar mengenai keturunan raja-raja dalam keluaran akhbar sebelum ini.

Katanya, ulasan yang dikeluarkan tidak benar tanpa menyiasat keseluruhan fakta kesultanan Perak.

“Saya amat kecewa dengan ulasan itu dan terancam serta memohon siasatan terperinci tanpa unsur politik,” katanya.

Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=31619

Jumaat, 23 September 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 (Zon KOTA LAMA KANAN)

Tarikh : 25 September 2011 (Ahad) Masa : 3.00 Petang hingga 6.00 Petang


Tempat : Dewan Orang Ramai Kampung Keledang


Jemput hadir beramai - ramai.


Khamis, 4 Ogos 2011

Perak Mansuh Lesen Bazar Ramadan


Banner yang di gantung di Kuala Kangsar oleh Penjaja-penjaja Pasar Ramadhan seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan di atas keperihatinan Kerajaan Negeri memansuhkan bayaran lesen Pasar Ramadhan.

IPOH - Sempena Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri memberi pengecualian lesen kepada golongan peniaga di Bazar Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengecualian itu dibuat bagi memberi kemudahan selain menggalakkan umat Islam menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Bazar Ramadan sempena bulan mulia itu.

Menurutnya, pengecualian berkenaan juga melibatkan jumlah pendapatan keseluruhan bagi semua 15 Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negeri berjumlah RM804,503.

“Kita bakal kehilangan lebih RM800,000. Bagaimanapun, ianya berita gembira untuk golongan peniaga khususnya peniaga Islam kerana mereka boleh menjalankan perniagaan.

“Di peringkat majlis, perkara ini satu amalan mulia sempena menyambut ketibaan Ramadan,” katanya kepada pemberita.

Zambry berkata demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Terdahulu, Zambry berkata Kerajaan Negeri juga bakal mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) di beberapa kawasan di sekitar negeri.

Menurutnya, antara kawasan berkenaan tersebut adalah di sekitar kawasan perindustrian di Tanjung Malim yang dilaporkan kurang mendapat frekuensi liputan yang baik dan sering terganggu.

“Ini antara antara perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat pada hari ini iaitu lebih kepada kerja-kerja pembaikan dengan menjadikan kawasan perindustrian ini lebih menarik khususnya kepada pelabur.

“Ia juga merangkumi beberapa kemudahan lain seperti dalam konteks Daerah Manjung, ada syarikat antarabangsa yang telah beroperasi di situ mahukan kawasan berkenaan lebih bersih dan terpelihara bagi memastikan mereka dapat terus menetap di negeri ini,” katanya.


Selasa, 19 Julai 2011

Sekitar Program Setulus Bakti Puteri UMNO Dan Felcra Bersama Masyarakat.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat penulis rakamkan sepanjang acara Setulus Bakti Puteri UMNO / Felcra Bersama Masyarakat yang berlangsung pada hari berkenaan di padang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan Kuala Kangsar.



Ucapan perasmian majlis oleh Y.A.B Menteri Besar Perak




Pelancaran jentera pilihan raya Puteri UMNO Perak

Antara Jabatan kerajaan yang mengambil bahagian memberi khidmat percuma kepada rakyat

Jamuan makan tengahari santai sambil bersila



Tetamu jemputan menikmati makan tengahari

Puteri sedang menikmati jamuan tengahari

Pengerusi Felcara Berhad sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima



Khamis, 14 Julai 2011

PROGRAM SETULUS BAKTI PUTERI FELCRA BERSAMA MASYARAKAT




Tarikh : 17 Julai 2011 (Ahad) Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang


Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan


Perasmian Oleh :YAB. DATO' SERI DIRAJA DR.ZAMBRY BIN HJ. ABD.KADIR PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PERAK MERANGKAP MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN.


Tetamu Kehormat : YB. DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN PENGERUSI FELCRA BERHAD




Acara yang di adakan : -

- Gotong Royong Masjid & Surau

- Kenduri Rakyat

- Deko Bersama Puteri

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak & Penjaga

- Pertandingan Puzzle Kanak-kanak da & Penjaga

- Pertandingan Aspek Wanita

- Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian Percuma

- Pameran & demo Kraftangan

- Kaunter Daftar Pemilih SPR

- Slot Cegah Jenayah Bersama Encik Kamal Effendi Bin Hashim

( Penganalisis Jenayah Negara )


Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai


Selasa, 12 Julai 2011

Saran MPKK, MBI tukar nama

IPOH - Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) mencadangkan pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menukar nama Riverfront Kuala Kangsar kepada Tebing Lam Sayong.

Presidennya, Zabidin Ismail berkata, cadangan itu mengambil guna nama klasik Kampong Sayong iaitu Lam Sayong seperti yang dicadangkan seorang pengarang terkenal anak Perak, Datuk Mokhtar Petah.

Menurutnya, nama itu walaupun kelihatan tidak komersial tetapi mengandungi unsur sejarah dan jati diri Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja.

“Kami menyokong ketegasan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana mengambil berat dalam mendaulatkan bahasa Melayu berhubung isu ini.

“Kerajaan Negeri juga dilihat serius apabila mengarahkan MPKK mengutamakan bahasa Melayu dalam pemberian nama projek-projek yang dibangunkan di bandar itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Zabidin berkata, Kuala Kangsar yang terkenal dengan Labu Sayong akan lengkap dengan penggunaan nama Lam Sayong kepada tebingan Sungai Perak serta menimbulkan daya tarikan tersendiri bagi pelancong untuk mengetahuinya lebih mendalam.

Isu itu timbul apabila orang ramai mempertikai tindakan MPKK menggunakan nama “Riverfront Kuala Kangsar” bagi mempromosi destinasi pelancongan baru berhampiran Sayong.

Bagaimanapun MPKK dilihat cuba mempertahankan tindakannya walaupun menerima bantahan ramai malah desakan badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan penulis tidak diendahkan sebaliknya MPKK menyalahkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lambat menterjemahkan Riverfront Kuala Kangsar ke bahasa Melayu.

Zabidin berkata, menyentuh tentang arahan MB yang meminta MPKK dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutamakan bahasa Melayu di setiap premis termasuk nama jalan adalah tindakan yang kena pada masanya.

Katanya, Karyawan Pk mengambil kesempatan merujuk cadangannya ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) agar nama Jalan Caldwell ditukar kepada Jalan Pawang Ana telah ditolak oleh pihak berkenaan tanpa sebarang alasan.

“Kami sedia berbincang kerana alasan dan rasionalnya telah dikemukakan kepada MBI, Ia sebahagian resolusi Seminar Pemikiran Pawang Ana yang telah diadakan pada 25 Oktober tahun lalu.

“Karyawan Pk berharap MBI menimbangkan semula cadangan itu selaras dengan arahan MB itu,” tambahnya.

Sinar Harian 12 Julai 2011

Jalan-Jalan di Sayong RIVERFRONT Kampung Sayong Lembah Kuala Kangsar


Baru-baru ini penulis melawat tapak Sayong Riverfront di Kampong Sayong Lembah Kuala Kangsar yang masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Sudah lama tidak melihat tapak pembinaan ini yang bakal menjadi salah satu tarikan kepada pelancong ke Kuala Kangsar.
Namun begitu terdapat sedikit kontraversi kerana penggunaan perkataan Riverfront di tentang oleh beberapa pihak yang mahukan penggunaan Bahasa Melayu. Perkara ini turut mendapat perhatian dari Y.A.B. Menteri Besar Perak. Apabila siap nanti projek ini boleh di manfaatkan oleh penduduk setempat untuk menjana ekonomi dengan kehadiran orang luar khususnya para pelancong.

Beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.


















Khamis, 2 Jun 2011

PAMERAN TAMING SARI DI GALERI SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR

Pameran Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar sempena sambutan ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak ke 83.

Tarikh : 29 Mei 2011 hingga 5 Jun 2011

Masa : 10.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Sabtu, 21 Mei 2011

LARIAN HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK 2011





Larian Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tahun 2011

Tarikh : 22 Mei 2011

Masa : 7.00 pagi

Tempat : Padang SMK Clifford


Sumber : Portal Majlis Perbandaran Kuala Kangsar : http://www.mpkkpk.gov.my/home

Rabu, 27 April 2011

Karnival Vespa & Motor Klasik di Kuala Kangsar


Tarikh : 30 April 2011

Masa : 08:30 pagi - 11:30 pagi

Tempat: Arena Square Kuala Kangsar

Pegawai untuk dihubungi : Tn.Hj. Mat Kasim B. Hj. Ahmad
05-777 2064 (pejabat) /013-5305303 (hp)


Kerjasama MPKK & Pejabat Daerah Kuala Kangsar sempena Ulangtahun Keputeraan ke-83 DYMM Paduka Seri Sultan Perak tahun 2011.






Khamis, 21 April 2011

JAMUAN RAKYAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK KE - 83.



Tarikh : 23 April 2011

Masa: 4.00 petang-7.00 petang

Tempat : Arena Square Kuala Kangsar


Jamuan Rakyat sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-83 DYMM Paduka Seri Sultan Perak


Sumber : Portal Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

http://www.mpkkpk.gov.my/home

Rabu, 20 April 2011

Elak jadikan isu kaum dan agama modal politik

KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyeru seluruh rakyat supaya tidak memainkan isu sensitif berkaitan kaum dan agama sebagai modal politik untuk mendapatkan pengaruh sebaliknya mengamalkan budaya politik berteraskan kesederhanaan dan perpaduan.

Baginda bertitah, kebelakangan ini pandangan sempit bertunjangkan kaum serta pendirian emosional berakarkan agama cuba dihidupkan semula.

Perkembangan itu titah baginda amat bahaya kerana boleh memusnahkan masa depan negara jika tidak dibendung secara bijak.

"Isu-isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama adalah kompleks lagi rumit. Isu kaum dan agama tidak dapat diselesaikan melalui saluran perundangan atau melalui penghakiman mahkamah semata-mata.

"Keputusan mahkamah tidak memberi erti jika keputusan tersebut tidak diterima secara objektif, lebih mudarat lagi jika ditafsirkan dengan emosi. Kebebasan dan integriti mahkamah akan menjadi subjek pertikaian apabila emosi mempengaruhi asas penilaian," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah demikian semasa Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena hari keputeraan baginda ke-83 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Baginda bertitah, isu-isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama memerlukan penyelesaian secara bijaksana serta berhikmah iaitu melalui perbincangan dan perundingan supaya persefahaman dan apresiasi di kalangan rakyat dapat ditingkatkan.

Justeru, baginda menyeru pemimpin kaum dan agama yang berpengaruh supaya memainkan peranan utama dalam hal berkenaan.

"Pemimpin agama hendaklah melaksanakan tugas keagamaan tanpa menyelitkan agenda politik. Akan rosak agama jika ia dicampur-adukkan dengan agenda politik. Akibatnya pengikut kabur, negara hancur, yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu," titah baginda.

Sultan Azlan bertitah, semua pihak harus menerima hakikat bahawa di antara warga negara ini memang ada kelainan tetapi dalam kelainan tersebut terkandung kesamaan.

"Elemen-elemen kesamaan itu adalah aset negara yang harus dipupuk untuk membina kemakmuran sementara elemen-elemen kelainan yang bersifat liabiliti tidak harus digembar-gemburkan," titah baginda.

Baginda juga bertitah, raja-raja Melayu amat memahami tanggungjawab untuk bersifat adil dan saksama kepada semua rakyat dan bersedia membantu merangka formula terbaik demi memastikan hubungan harmoni di antara kaum dan agama kekal terjamin.

Sumber Utusan Online : -

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


Isnin, 18 April 2011

PESTA PANJUT DAN BOT BERHIAS 2011 DI KUALA KANGSAR



Tarikh : 18hb April 2011

Masa : 8.00 malam - 11.00 malam

Tempat : Laman Budaya Kuala Kangsar di tepi Sungai Perak

KualaKangsar.


Program Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak ke

83.


"Datanglah beramai-ramai"


Rujukan : Portal Majlis Perbandaran K.Kangsar (MPKK)

http://www.mpkkpk.gov.my/home

Khamis, 24 Februari 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432 H

PERINGKAT MUKIM KOTA LAMA KANAN

TEMPAT : MASJID KOTA LAMA KANAN

TARIKH : 26.2.2011 (SABTU) MASA : 8.30 PAGI

PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ HJ.SUFFIAN BIN MUHD KHALID

(Pejabat Agama Islam Daerah Batu Gajah)


ANJURAN BERSAMA


ADUN LINTANG DAN QARIAH MASJID KOTA LAMA KANAN

"Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-ramai"


Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Hari ini bermulalah kita menempuh tahun baru 2011.Kuala Kangsar sentiasa mengalukan kedatangan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Bandar Diraja Darul Ridzuan sambil menikmati panorama Sungai Perak dan tempat-tempat menarik untuk di lawati.

Cuti-cuti Malaysia.