SELAMAT DATANG

BANDAR DIRAJA DARUL RIDZUAN

Selasa, 19 Julai 2011

Sekitar Program Setulus Bakti Puteri UMNO Dan Felcra Bersama Masyarakat.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat penulis rakamkan sepanjang acara Setulus Bakti Puteri UMNO / Felcra Bersama Masyarakat yang berlangsung pada hari berkenaan di padang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan Kuala Kangsar.



Ucapan perasmian majlis oleh Y.A.B Menteri Besar Perak




Pelancaran jentera pilihan raya Puteri UMNO Perak

Antara Jabatan kerajaan yang mengambil bahagian memberi khidmat percuma kepada rakyat

Jamuan makan tengahari santai sambil bersila



Tetamu jemputan menikmati makan tengahari

Puteri sedang menikmati jamuan tengahari

Pengerusi Felcara Berhad sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima

Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput sedang menyampaikan sumbangan kepada penerima



Khamis, 14 Julai 2011

PROGRAM SETULUS BAKTI PUTERI FELCRA BERSAMA MASYARAKAT




Tarikh : 17 Julai 2011 (Ahad) Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang


Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan


Perasmian Oleh :YAB. DATO' SERI DIRAJA DR.ZAMBRY BIN HJ. ABD.KADIR PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO PERAK MERANGKAP MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN.


Tetamu Kehormat : YB. DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN PENGERUSI FELCRA BERHAD




Acara yang di adakan : -

- Gotong Royong Masjid & Surau

- Kenduri Rakyat

- Deko Bersama Puteri

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak & Penjaga

- Pertandingan Puzzle Kanak-kanak da & Penjaga

- Pertandingan Aspek Wanita

- Pemeriksaan Kesihatan & Pergigian Percuma

- Pameran & demo Kraftangan

- Kaunter Daftar Pemilih SPR

- Slot Cegah Jenayah Bersama Encik Kamal Effendi Bin Hashim

( Penganalisis Jenayah Negara )


Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai


Selasa, 12 Julai 2011

Saran MPKK, MBI tukar nama

IPOH - Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) mencadangkan pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menukar nama Riverfront Kuala Kangsar kepada Tebing Lam Sayong.

Presidennya, Zabidin Ismail berkata, cadangan itu mengambil guna nama klasik Kampong Sayong iaitu Lam Sayong seperti yang dicadangkan seorang pengarang terkenal anak Perak, Datuk Mokhtar Petah.

Menurutnya, nama itu walaupun kelihatan tidak komersial tetapi mengandungi unsur sejarah dan jati diri Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja.

“Kami menyokong ketegasan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana mengambil berat dalam mendaulatkan bahasa Melayu berhubung isu ini.

“Kerajaan Negeri juga dilihat serius apabila mengarahkan MPKK mengutamakan bahasa Melayu dalam pemberian nama projek-projek yang dibangunkan di bandar itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Zabidin berkata, Kuala Kangsar yang terkenal dengan Labu Sayong akan lengkap dengan penggunaan nama Lam Sayong kepada tebingan Sungai Perak serta menimbulkan daya tarikan tersendiri bagi pelancong untuk mengetahuinya lebih mendalam.

Isu itu timbul apabila orang ramai mempertikai tindakan MPKK menggunakan nama “Riverfront Kuala Kangsar” bagi mempromosi destinasi pelancongan baru berhampiran Sayong.

Bagaimanapun MPKK dilihat cuba mempertahankan tindakannya walaupun menerima bantahan ramai malah desakan badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan penulis tidak diendahkan sebaliknya MPKK menyalahkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lambat menterjemahkan Riverfront Kuala Kangsar ke bahasa Melayu.

Zabidin berkata, menyentuh tentang arahan MB yang meminta MPKK dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengutamakan bahasa Melayu di setiap premis termasuk nama jalan adalah tindakan yang kena pada masanya.

Katanya, Karyawan Pk mengambil kesempatan merujuk cadangannya ke Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) agar nama Jalan Caldwell ditukar kepada Jalan Pawang Ana telah ditolak oleh pihak berkenaan tanpa sebarang alasan.

“Kami sedia berbincang kerana alasan dan rasionalnya telah dikemukakan kepada MBI, Ia sebahagian resolusi Seminar Pemikiran Pawang Ana yang telah diadakan pada 25 Oktober tahun lalu.

“Karyawan Pk berharap MBI menimbangkan semula cadangan itu selaras dengan arahan MB itu,” tambahnya.

Sinar Harian 12 Julai 2011

Jalan-Jalan di Sayong RIVERFRONT Kampung Sayong Lembah Kuala Kangsar


Baru-baru ini penulis melawat tapak Sayong Riverfront di Kampong Sayong Lembah Kuala Kangsar yang masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Sudah lama tidak melihat tapak pembinaan ini yang bakal menjadi salah satu tarikan kepada pelancong ke Kuala Kangsar.
Namun begitu terdapat sedikit kontraversi kerana penggunaan perkataan Riverfront di tentang oleh beberapa pihak yang mahukan penggunaan Bahasa Melayu. Perkara ini turut mendapat perhatian dari Y.A.B. Menteri Besar Perak. Apabila siap nanti projek ini boleh di manfaatkan oleh penduduk setempat untuk menjana ekonomi dengan kehadiran orang luar khususnya para pelancong.

Beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.