SELAMAT DATANG

BANDAR DIRAJA DARUL RIDZUAN

Sabtu, 20 Disember 2014

KARNIVAL NILAI-NILAI MURNI & SEMARAK WARISAN 2014


Jemput hadir beramai-ramai memeriahkan acara di Bandar DiRaja Kuala Kangsar.


Sabtu, 6 Disember 2014

PERTABALAN D.Y.M.M SULTAN PERAK PADA 6 MEI 2015.



Ipoh: Istiadat Pertabalan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan dilangsungkan di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada 6 Mei tahun depan.
Setiausaha Dewan Negara Perak Toh Amar Seri Diraja Datuk Ayop Hashim berkata, dengan nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November 2014, Sultan Nazrin berkenan menetapkan Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 dilangsungkan pada 6 Mei 2015.
Beliau berkata, Istiadat Tabal Adat akan berlangsung di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi hari berkenaan diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal pada malam keesokannya.
Sultan Nazrin bersama Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim selanjutnya akan berangkat menziarahi makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak ke Teluk lntan.
Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkat Sultan Nazrin untuk mencecahkan kaki Baginda di Beting Beras Basah iaitu tempat pertama Sultan Perak pertama Sultan Muzaffar Shah I menjejakkan kaki ketika sampai di Perak, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Disember 2014 @ 2:26 PM

Sumber Harian Metro - http://www.hmetro.com.my/node/14097