SELAMAT DATANG

BANDAR DIRAJA DARUL RIDZUAN

Khamis, 4 Ogos 2011

Perak Mansuh Lesen Bazar Ramadan


Banner yang di gantung di Kuala Kangsar oleh Penjaja-penjaja Pasar Ramadhan seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan di atas keperihatinan Kerajaan Negeri memansuhkan bayaran lesen Pasar Ramadhan.

IPOH - Sempena Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri memberi pengecualian lesen kepada golongan peniaga di Bazar Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengecualian itu dibuat bagi memberi kemudahan selain menggalakkan umat Islam menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Bazar Ramadan sempena bulan mulia itu.

Menurutnya, pengecualian berkenaan juga melibatkan jumlah pendapatan keseluruhan bagi semua 15 Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negeri berjumlah RM804,503.

“Kita bakal kehilangan lebih RM800,000. Bagaimanapun, ianya berita gembira untuk golongan peniaga khususnya peniaga Islam kerana mereka boleh menjalankan perniagaan.

“Di peringkat majlis, perkara ini satu amalan mulia sempena menyambut ketibaan Ramadan,” katanya kepada pemberita.

Zambry berkata demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Terdahulu, Zambry berkata Kerajaan Negeri juga bakal mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) di beberapa kawasan di sekitar negeri.

Menurutnya, antara kawasan berkenaan tersebut adalah di sekitar kawasan perindustrian di Tanjung Malim yang dilaporkan kurang mendapat frekuensi liputan yang baik dan sering terganggu.

“Ini antara antara perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat pada hari ini iaitu lebih kepada kerja-kerja pembaikan dengan menjadikan kawasan perindustrian ini lebih menarik khususnya kepada pelabur.

“Ia juga merangkumi beberapa kemudahan lain seperti dalam konteks Daerah Manjung, ada syarikat antarabangsa yang telah beroperasi di situ mahukan kawasan berkenaan lebih bersih dan terpelihara bagi memastikan mereka dapat terus menetap di negeri ini,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan