SELAMAT DATANG

BANDAR DIRAJA DARUL RIDZUAN

Ahad, 12 Februari 2012

Persisiran Sayong, Destinasi Pelancongan Terbaru Di Kuala Kangsar


Daerah Kuala Kangsar yang cukup terkenal dengan jolokan Bandar Di Raja kini mempunyai satu lagi destinasi tarikan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Persisiran Sayong, yang terletak di tebing Sungai Perak, merupakan daya tarikan pelancong terbaru di daerah itu yang akan dibangunkan sebagai pusat aktiviti air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan antara RM100,000 hingga RM150,000 bagi membeli sebuah bot untuk kemudahan membawa pelancong ke Persisiran Sayong dari jeti Lembah.

Katanya, bot yang mampu memuatkan sekitar 20 penumpang dapat memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri pengalaman menyeberangi Sungai Perak.

“Persisiran Sayong adalah produk pelancongan terbaru di Daerah Kuala Kangsar yang akan menjadi pusat aktiviti air seperti berkayak dan berakit selain lokasi penganjuran pesta sukan air dan pesta lanjut sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak.

“Kerajaan negeri mahu projek yang dibangunkan dengan kos RM17 juta, iaitu RM14 peruntukan daripada Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA) dan bakinya daripada Kementerian Pelancongan dapat beroperasi sepenuhnya dan menerima kehadiran pelancong pada awal tahun depan.

“Selain itu, setiap kemudahan pelancongan yang dibina perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan program pengisian juga perlu diberi perhatian supaya Persisiran Sayong menjadi destinasi wajib bagi pelancong yang berkunjung ke daerah Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Persisiran Sayong, hari ini.

Hadir sama, Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Abd Halim Hamid.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah berkata, apabila bilangan bot sudah bertambah, pihak Majlis boleh memperkenalkan pakej membawa pelancong dari jeti Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Perak ke Persisiran Sayong.

“Pelancong akan menaiki bot dari jeti R&R Sungai Perak sebelum mereka dibawa ke Persisiran Sayong.

“Selesai lawatan di sini, pelancong akan menyeberangi sungai ke jeti Lembah di mana bas akan menunggu sebelum mereka dibawa melawat sekitar pekan Kuala Kangsar pula,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, Hamidah berkata, sebuah pusat maklumat pelancong harus diwujudkan di Persisiran Sayong bagi memudahkan pelancong mengenali destinasi pelancongan di daerah berkenaan.

Katanya, salah sebuah bangunan di situ boleh dijadikan sebagai pusat maklumat pelancong yang dilengkapi dengan brosur lengkap berkaitan tempat menarik untuk dilawati seperti Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

“Idea yang kreatif juga diperlukan bagi menarik kehadiran pelancong ke pusat ini dan tidak hanya tertumpu kepada memperkenalkan kraftangan tempatan seperti labu sayong dan tekat sahaja.

“Sebaliknya, ia perlu diperluaskan contohnya dengan menyediakan gerai jualan makanan ringan atau memperkenalkan kemudahan homestay yang membabitkan penyertaan penduduk kampung,” tegasnya lagi.

Menurut Hamidah lagi, pihak Majlis juga perlu membina papan tanda atau ikon yang boleh dijadikan sebagai kenangan kepada pelancong yang melawat Persisiran Sayong.

Dalam perkembangan berkaitan, MPKK katanya, diminta mengenalpasti tanah bersesuaian untuk ditawarkan kepada sektor swasta bagi membangunkan lebih banyak hotel di daerah itu.

Kekurangan bilik penginapan di daerah itu katanya, perlu dipandang serius memandangkan Kuala Kangsar mempunyai banyak tempat pelancongan.

Projek Persisiran Sayong dibina di tapak seluas enam hektar dan mempunyai beberapa kemudahan pelancongan seperti galeri kraftangan, restoran pinggiran, jeti pelancongan serta tandas awam.

Ia dibina pada 2008 dan projek itu diserahkan kepada MPKK kira-kira tiga minggu lalu.

Sumber : Peraktoday.com Tarikh : 25 Oktober 2011.



2 ulasan:

  1. Di Kuala kangsar juga boleh mendapatkan perkhidmatan Inap Desa(Homestay)terletak lebih kurang 1km dari Bandar Kuala Kangsar , menawarkan pakej kumpulan atau kelurga(muslim) dengan harga MYR150/Hari .

    Lebih lanjut lawati : http://jushafikhomestay.blogspot.com/

    No : 012-5496200 . En Shafik
    017-5186838 . Pn Azizah

    BalasPadam
  2. Ada sekeping tanah 50x150 kaki yg terletak paling dekat dengan laluan masok keResort tersebut, dimana boleh juga dibangunkan mengikut kesesuaian tempatan. Misalnya, chalet, perusahaan tradisional, rumah warisan, menara pemandangan dan berbagai lagi. Sekiranya ada pihak2 yang berminat untuk mengusahakannya atau ingin memiliki tanah tersebut, sila hubungi saya ditalian 0192069714 (zul).

    BalasPadam