Namun, jelasnya, kebajikan peniaga kecil juga perlu diambil kira bagi memastikan pembukaan pasaraya baharu tidak menyebabkan mereka gulung tikar.

“Saya sokong kewujudan pasar raya seperti Mydin kerana peniaga kecil juga boleh mengambil barang daripada pasar raya itu dan menjadikannya sebagai pembekal.

“Namun, kita juga tidak boleh lupa terhadap nasib peniaga kecil dan seharusnya ada cara untuk membantu mereka meneruskan perniagaan walaupun terdapat pasar raya berkenaan di Kuala Kangsar,” katanya.


Sumber : Sinar Harian Online.